Penerangan
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI HUJUNG MINGGU
GEBENG, 16 JANUARI 2021 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gebeng komited dalam menjalankan rondaan OMPT dan pemantauan pencemaran di sekitar Kawasan Perindustrian Gebeng, Kawasan Pelabuhan Kuantan dan kawasan tanah gambut di mana aduan pencemaran kerap diterima pada hari cuti hujung minggu. Pemantauan di kawasan ini dilaksanakan melalui rondaan darat dan penggunaan drone.
Meskipun Negeri Pahang berada didalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak industri dan orang awam diminta untuk memberikan kerjasama dengan tidak melakukan sebarang aktiviti sehingga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaspahang