Penerangan
PKPB TIDAK MENGHALANG URUSAN PEMPROSESAN LAPORAN EIA
KUANTAN, 13 Januari 2021 - Walaupun negara berada di bawah arahan PKP 2.0 dan Negeri Pahang berada di bawah PKPB, pemprosesan Laporan EIA tetap diteruskan bagi memastikan semua permohonan diproses tanpa gagal mengikut piagam yang ditetapkan.
Justeru, satu Laporan EIA bagi projek di Daerah Lipis yang telah diterima oleh JAS Pahang tetap diproses dan mesyuarat jawatankuasa semakan laporan tersebut telah diadakan secara atas talian walaupun pada awalnya dirancang secara bersemuka.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timb. Pengarah (Pembangunan) JAS Pahang, Tn Hj Muhammad Hisyam dan dihadiri oleh agensi teknikal, pemaju dan jururunding. Pembentangan dilakukan oleh pihak pemaju dan jururunding mengenai langkah kawalan dan mitigasi terhadap elemen-elemen penjagaan alam sekitar seperti pencemaran air, udara, sisa buangan, flora, fauna, dan sebagainya.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang