Penerangan
OPS CUCI JAS PAHANG DI RUMAH MANGSA BANJIR DI MARAN
Maran, 13 Januari 2021 - Bagi meringankan beban rumah mangsa banjir, JAS Pahang mengambil inisiatif dengan menggerakkan anggota menjalankan Ops Cuci di Daerah Maran.
Ops cuci ini diketuai sendiri oleh Pengarah JAS Pahang, Tn. Hj. Mohd Sani dibantu oleh Tim. Pengarah Pembangunan, Tn. Hj. Muhammad Hisyam dan 13 anggota JAS Pahang.
Keadaan rumah mangsa-mangsa banjir di lokasi kejadian amat menyedihkan dan memilukan. Banyak harta benda musnah dan amat memerlukan bantuan samada dari pembersihan mahupun penggantian peralatan rumah yang rosak.
Semoga usaha bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan selepas musibah ini.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#opsbanjir