PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kenderaan Jabatan

Taklimat Perjalanan Majlis Penyerahan Kenderaan Jabatan Alam Sekitar oleh Urusetia pada 8 Januari 2021 bertempat di Jabatan Alam Sekitar Putrajayap

DOE WP Putrajaya 21/01/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Taklimat Perjalanan Majlis Penyerahan Kenderaan Jabatan Alam Sekitar oleh Urusetia pada 8 Januari 2021 bertempat di Jabatan Alam Sekitar Putrajayap
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
21/01/2021
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN JABATAN ALAM SEKITAR 8 Januari 2021, PUTRAJAYA - Majlis penyerahan kenderaan Jabatan telah disempurnakan oleh Yb Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Bin Muhammad, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air di Ibu Pejabat JAS hari ini. Majlis ini juga telah dihadiri oleh YBrs Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu , Timbalan Ketua Setiausaha, KASA, YBrs. Puan Norlin Jaafar, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia dan pegawai-pegawai tertinggi KASA dan JAS. 22 unit kenderaan pacuan empat roda telah diagihkan kepada Ibu Pejabat, 8 buah pejabat JAS Negeri dan 10 pejabat JAS Cawangan bagi tujuan operasi penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran. JAS berharap dapat menggantikan kenderaan yang uzur dan rosak di masa hadapan dalam memastikan gerak kerja JAS dapat berjalan dengan lancar. Jabatan Alam Sekitar ingin merakamkan penghargaan kepada pihak KASA yang telah bersama-sama dengan JAS dalam menambahbaik aspek logistik JAS ketika menjalankan operasi penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan pengawasan kualiti alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan