Penerangan
18 Januari 2021 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu
Mesyuarat Environmental Impact Assessment Tecnhical Review Committee (EIATRC) bagi Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment-EIA) bagi cadangan projek bertajuk Gansar And Ledang S2 , Development Project, Offshore Terengganu telah diadakan secara maya oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.Brs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu . Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh UPEN Negeri Terengganu , Jabatan Laut Negeri Terengganu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Agensi Penguatkuasa Maritim (APMM) Negeri Terengganu.