Penerangan
31 Disember 2021 (khamis), Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang bersama 9 agensi penguatkuasa di Pulau Pinang menjalankan sekatan jalanraya dalam satu operasi bersepadu ambang tahun baru 2021 di Plaza Tol Sungai Dua, Arah Selatan. Operasi yang bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir jam 12.00 malam ini melibatkan seramai 12 orang pegawai JAS Pulau Pinang yang diketuai oleh Encik Abdul Aziz bin Parmin, Timbalan Pengarah JAS Pulau Pinang. JAS turut memberi tumpuan kepada penguatkuasaan bunyi bising kenderaan motosikal