Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- RONDAAN JAS PULAU PINANG MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 19/01/2021
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
1 Januari 2021 (Jumaat), unit aduan JAS Pulau Pinang menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka di beberapa kawasan yang kerap berlaku aktiviti pembakaran terbuka terutama pada waktu cuti. Lokasi-lokasi tersebut adalah di kawasan Batu Kawan dalam daerah Seberang Perai Selatan, Kubang Semang dan Berapit dalam daerah Seberang Perai Tengah. Kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 29A Akta kualiti Alam Sekeliling 1974