PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM TRANSFORMASI LATIHAN EiMAS SECARA MAYA 2021 PERMUDAH KURSUS/LATIHAN DALAM NORMA BAHARU

EiMAS 14/01/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM TRANSFORMASI LATIHAN EiMAS SECARA MAYA 2021 PERMUDAH KURSUS/LATIHAN DALAM NORMA BAHARU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
14/01/2021
Organisasi
EiMAS

Penerangan

12 Januari 2021, BANGI - Program Transformasi Latihan Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) Norma Baharu Secara Maya 2021 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (KPAS), YBrs. Puan Norlin binti Jaafar. Turut hadir Encik Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Siti Zaleha binti Ibrahim, Pengarah EiMAS dan pegawai-pegawai kanan JAS. EiMAS mengambil inisiatif in iuntuk melaksanakan transfomasi dalam penganjuran program latihan sebagaimana amalan sedia ada secara bersemuka atau secara fizikal, kepada norma baharu secara maya atau secara atas talian adalah untuk: 1) membudayakan norma baharu dalam penganjuran program latihan oleh EiMAS 2) memastikan pegawai dan kakitangan JAS sentiasa diberikan latihan dan pengetahuan secara berterusan dalam bidang tugas utama Jabatan walaupun negara masih dalam situasi penularan wabak pandemik COVID-19; dan 3) memberi pendedahan dan memantapkan pengetahuan pegawai dan kakitangan JAS berkaitan pelbagai jenis applikasi dan teknologi digital yang terkini. 4) Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya yang telah diambil kira oleh EiMAS iaitu: Kursus/Latihan On-Line a) Latihan secara maya dilaksanakan dalam tempoh pembelajaran yang sewajarnya iaitu 2 jam untuk syarahan atau penerangan dan 1 jam untuk sesi soal jawab dan penilaian pemahaman Latihan iaitu sebanyak 10 soalan kuiz atau pilihan jawapan (multiple choice) yang menggunakan google form telah disediakan oleh EiMAS. E-Learning b) Pembelajaran kendiri (eLearning) dilaksanakan dari tempoh nilai jam pembelajaran yang ditetapkan beserta kuiz, ujian serta penilaian pemahaman kursus di dalam platform Learning Management System (LMS) yang disediakan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan