Penerangan
Perbincangan bersama Southern Industrial Gas Sdn Bhd pada 13 Januari 2021, 2.30pm-3.30pm. Perbincangan ini adalah di antara oleh Bahagian BB, JAS Ibu Pejabat dan Southern Industrial Gas Sdn Bhd menerusi aplikasi Zoom.
Perbincangan dibuat membincangkan kaedah pengurusan buangan terjadual iaitu Calcium Carbide Sludge (SW 427) dari Southern Industrial Gas Sdn Bhd melalui kaedah Pengurusan Khas Buangan Terjadual di bawah Peraturan 7, PPKAS (BT) 2005. Southern Industrial Gas Sdn Bhd bercadang untuk menggunakan buangan terjadual sebagai agen peneutralan dalam proses peneutralan asid dan air buangan berasid di sistem pengolahan effluen industri di premis lain.