Penerangan
12 Januari 2021, Ipoh – Seksyen Pengawasan JAS Perak telah menjalankan program pengawasan udara menggunakan Portable Multigas Analyser Cerex di kawasan perindustrian bermula hari ini.
.
Program ini dijalankan bagi mendapatkan data-data pengawasan kualiti udara yang akan digunakan sebagai baseline study dan menentukan tahap kualiti udara di sesuatu kawasan berkaitan. Hasil kajian ini juga akan membantu JAS melalui data-data yang direkodkan sekiranya berlaku insiden pencemaran.