Penerangan
8 Januari 2021, Taiping - JAS Perak buat julung kalinya mengadakan Majlis Apresiasi untuk Warga JAS Perak pada hari ini bagi menghargai segala penat lelah pegawai-pegawainya menjalankan tugas sepanjang tahun 2020.
.
Program ini telah dihadiri oleh YB Mohd Akmal Bin Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, YB Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia dan YBrs. Puan Norlin Binti Jaafar, Ketua Pengarah JAS.
.
Pelbagai program telah diaturkan seperti penyampaian anugerah kepada pegawai JAS Perak, pelancaran coffee table book dan penyerahan peralatan penguatkuasaan kepada pegawai-pegawai JAS Perak.