Penerangan
9 Disember 2020, Taiping - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping hari ini menerima kunjungan rasmi lawatan kerja Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (KPAS), YBrs. Puan Norlin binti Jaafar bersama-sama delegasi JAS Putrajaya yang terdiri daripada Puan Ani Fazliana binti Dato' Dahri @ Abdul Latif, Pengarah Bahagian Pentadbiran & Kewangan JAS Ibu Pejabat, Puan Nor Hamirah Binti Mahayudin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran & Kewangan JAS Ibu Pejabat dan pegawai - pegawai Jabatan Alam Sekitar Putrajaya.
Lawatan kerja ini disambut oleh Ketua Penolong Pengarah JAS Perak Cik Masnona Binti Abdul Aziz, Ketua Cawangan JAS Taiping, Encik Muhammad Ridzuan Bin Mohd Alias, PPKT Azhar Bin Zainal Abidin dan pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping.
JAS Perak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian KPAS dan delegasi ke JAS Taiping.