PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENAHANAN LORI MEMBAWA BUANGAN TERJADUAL (BT) TANPA LESEN

DOE Pahang 06/01/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENAHANAN LORI MEMBAWA BUANGAN TERJADUAL (BT) TANPA LESEN
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
06/01/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

PENAHANAN LORI MEMBAWA BUANGAN TERJADUAL (BT) TANPA LESEN GEBENG - Hasil pemantauan dan intipan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang Cawangan Gebeng telah berjaya menahan sebuah lori yang disyaki membawa BT tanpa lesen pembawa yang ditetapkan di bawah Seksyen 18, AKAS 1974 pada 25 November 2020 yang lalu. Lori tersebut telah ditahan sementara mengikut Seksyen 38(1)(c), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan sampel telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Hasil keputusan analisa kimia mendapati barangan yang dibawa tersebut adalah BT dengan kod SW311. Pada 30 Disember 2020, lori beserta BT (SW311) dengan anggaran kuantiti 38MT tersebut telah dibawa ke Premis Yang Di Tetapkan (PYDT) BT dengan diiringi oleh Pegawai JAS Cawangan Gebeng untuk dilupuskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (BT), 2005 dan segala kos pelupusan ini ditanggung oleh pihak pembawa. Pihak JAS Cawangan Batu Pahat juga turut memberikan kerjasama hadir ke PYDT BT bagi pemantauan proses pelupusan tersebut. Pihak JAS Cawangan Gebeng akan mengikut SOP penguatkuasaan untuk tindakan undang-undang kepada pihak lori selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jaspahang

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan