PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI AMBANG TAHUN BARU OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PAHANG, 31 DISEMBER 2020

DOE Pahang 06/01/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI AMBANG TAHUN BARU OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PAHANG, 31 DISEMBER 2020
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
06/01/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

OPERASI AMBANG TAHUN BARU OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PAHANG, 31 DISEMBER 2020 KUANTAN, 31 DISEMBER 2020 - Seramai 7 anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang telah menyertai operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Pahang (IPK) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertempat di Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang. Operasi yang berlangsung dari jam 11.00 malam hingga 2.00 pagi melibatkan pemeriksaan ke atas pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Sebanyak 27 buah kenderaan telah diperiksa secara visual di mana sebanyak 16 daripadanya telah diuji meter. Sepanjang operasi, 2 Notis Arahan telah dikeluarkan. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jaspahang

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan