Penerangan
5 Januari 2021,MELAKA -Program kunjungan hormat Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka ke Melaka Hari Ini Sdn. Bhd telah diadakan pada hari ini. Turut serta dalam sesi perbincangan adalah Ketua Pegawai Operasi, En. Anuar bin Shaari serta pegawai-pegawai MHI. Kunjungan adalah bagi bertukar pendapat dan pandangan serta membincangkan jalinan kerjasama supaya maklumat hebahan dan kesedaran dapat disebarluas dan sampai ke golongan sasaran. Jabatan ini mengalu-alukan penglibatan Melaka Hari Ini untuk turut serta dan bekerjasama di dalam program-program kesedaran dan penguatkuasaan yang dianjurkan oleh Jabatan serta melibatkan JAS di dalam program-program anjuran agensi berkenaan.
Program ini diakhiri dengan sesi temubual khas berkaitan isu pencemaran di Negeri Melaka yang disampaikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar serta saling bertukar cenderahati dan sesi bergambar bersama agensi.
Selain itu, Jabatan ini juga telah mengedarkan poster-poster berkaitan alam sekitar termasuklah poster larangan pembakan terbuka untuk makluman warga kerja MHI.