Penerangan
Tarikh : 31 Disember 2020
Masa : 8.00 malam - 1.00 pagi
Pegawai Terlibat : PPK(T) Nor Azlee, PJ Jamilah,Pj Faizal, PJ Azhari,Pj Sakinah,Pmd Ismail
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menjalankan Ops Gerak Siri 22/2020 bersama-sama dengan JPJ Negeri Kedah di Bandar Darul Aman pada 31 Disember 2020 bermula jam 8.00 malam.
Operasi ini telah melibatkan lapan (5) anggota JAS Negeri Kedah dan 20 anggota JPJ Negeri Kedah.
Pihak JPJ telah menutup 4 persimpangan di laluan BandarDarulAman tersebut manakala JAS Kedah telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel.
Sebanyak 52 kenderaan diesel pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan dan 20 buah kenderaan diuji. Daripada jumlah yang diuji, tujuh (7) Notis Arahan Uji Semula telah dikeluarkan.
Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan terus dipergiatkan supaya pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi memastikan kelestarian alam sekitar.