Penerangan
Mesyuarat Penyelarasan Kumbahan Negeri Terengganu antara Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. Bil.2/2020 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JAS Terengganu pada 30 Disember 2020.
Ianya bertujuan untuk membincangkan isu-isu pengurusan kumbahan di Negeri Terengganu dan pematuhan loji-loji pengolahan kumbahan terhadap Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu.