Penerangan
Siasatan aduan tumpahan minyak di pantai Kuala Terengganu telah dijalankan oleh pegawai dari Unit Aduan Jas Terengganu pada 5 Disember 2020. Setelah siasatan dijalankan, didapati tiada kesan bahan berminyak ditemui di sepanjang 300 meter tempat yang diadu. Yang ditemui hanyalah bahan kayu bercampur lain-lain bahan yang telah mereput berwarna kehitaman di sepanjang 300 meter pemerhatian dibuat.