Penerangan
Pasukan pemantau pencemaran JAS Terengganu telah menjalankan rondaan pada waktu malam pada 11 Disember 2020 bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pelepasan bahan pencemaran dilakukan oleh pihak industri pada waktu malam hari. Pemantauan telah dijalankan di sekitar Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus.