Penerangan
Mesyuarat EIATRC bagi Projek Pembalakan di Rasau Kerteh, Mukim Hulu Chukai Kemaman telah diadakan pada 30 Disember 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JAS Terengganu. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu dan dihadiri oleh pihak pemaju projek, juru runding dan wakil agensi kerajaan yang berkepentingan.