Penerangan
ARAHAN HENTI OPERASI BOILER PREMIS YANG MENYEBABKAN PENCEMARAN UDARA.
BENTONG, 26 DISEMBER 2020 - Bertindak atas aduan yang diterima semasa cuti hujung minggu, Jabatan Alam Sekitar Pahang Cawangan Temerloh terus menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca pelepasan asap hitam dari premis yang diadukan.
Hasil siasatan mendapati alat pembakaran bahan api, (Thermail Oil Boiler) di premis tersebut tidak berfungsi dengan baik disebabkan berlaku kerosakan pada komponen Thermal Oil Boiler tersebut. Pegawai JAS telah mengarahkan premis tersebut menghentikan operasi Boiler serta merta bagi mengelakkan pelepasan asap hitam terus berlaku dan membuat penyelengggaraan terlebih dahulu sblum dibenarkan beroperasi semula.
Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana premis yang melanggar undang-undang di bawah AKAS 1974 dan mencemarkan alam sekitar.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang