Penerangan
SIASATAN KEMALANGAN LORI PENGANGKUT BAHAN KIMIA
PALOH HINAI, 29 DISEMBER 2020 – Satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori pengangkut Bahan Kimia (Resin Formaldehyde) telah terbalik dan menyebabkan bahan kimia yang dibawanya tumpah. Sepasukan pegawai penyiasat JAS Pahang segera ketempat kejadian untuk melakukan siasatan. Percontohan bahan kimia telah diambil untuk dianalisa ke Jabatan Kimia Malaysia.
Melalui siasatan yg dijalankan tiada alur air berdekatan lokasi kejadian. Kerja2 pembersihan tumpahan telah dijalankan oleh pihak pengangkut dan pada masa yang sama pihak pengangkut telah diarahkan untuk mengendalikan tanah yang dicemari dengan bahan kimia (SW 408) mengikut tatacara pengurusan sepertimana yang telah digariskan di dalam Peraturan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang