Penerangan
Mesyuarat EIATRC di JAS Terengganu bagi membincangkan laporan projek 'Transmission Line From Kerteh to PMU Kerteh Baru', Mukim Kerteh, Kemaman telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JAS Terengganu pada 8 Disember 2020.
Mesyuarat telah dihadiri oleh pihak Pemaju Projek dan wakil agensi-agensi berkepentingan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu.