Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- TAKLIMAT PTO PENGUATKUASAAN PEMBAKARAN TERBUKA KEPADA AGENSI-AGENSI YANG DIWAKILKAN KUASA DIBAWAH PERINTAH KUALITI ALAM SEKELILING (PERWAKILAN KUASA)(PEMBAKARAN TERBUKA) 2000
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 30/12/2020
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
- Lokasi
- Pulau Pinang
Penerangan
24 Disember 2020, Kepala Batas - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang hari ini telah menyelaras satu taklimat berhubung dengan Prosedur Tetap Operasi (PTO) Penyiasatan Pembakaran kepada agensi-agensi yang diwakilkan kuasa dibawah Perintah Kualiti Alam Sekliling (Perwakilan Kuasa)(Penyiasatan Pembakaran Terbuka) 2000 di Pulau Pinang.
Agensi yang telah diwakilkan kuasa untuk MENYIASAT pembakaran terbuka (Seksyen 29A):-
1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
2. Polis DiRaja Malaysia;
3. Majlis Bandaraya Pulau Pinang;
4. Majlis Bandaraya Seberang Perai; dan
5. Jabatan Kesihatan Negeri/Kementerian Kesihatan
Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pemahaman kepada agensi-agensi yang diwakilkan kuasa dibawah Perintah tersebut untuk melaksanakan Prosedur Tetap Operasi Penyiasatan Pembakaran Terbuka bagi bersama-sama JAS Pulau Pinang membantu penguatkuasaan keatas aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di Pulau Pinang.
Turut serta dalam taklimat tersebut YB Exco Alam Sekitar dan Kebajikan Negeri Pulau Pinang Tuan Phee Boon Poh , Timbalan Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang Tuan Abdul Rani bin Megat Kassim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Udara Encik Wan Aminordin bin Kamaruddin dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Puan Rojiah binti Abu Bakar.