Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- JAS PULAU PINANG PANTAU KAWASAN PERINDUSTRIAN HUJUNG MINGGU
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 30/12/2020
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
- Lokasi
- Pulau Pinang
Penerangan
26 Disember 2020, Seberang Perai - Pegawai penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang menjalankan pemantauan di kawasan perindustrian sekitar Seberang Perai pada hujung minggu bagi meninjau longkang dan parit industri daripada aktiviti pelepasan efluen tanpa rawatan yang boleh mencemarkan sungai.
Selain itu pegawai penguatkuasaan JAS Pulau Pinang diarah memantau status operasi premis tertentu bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi dengan baik sebelum beroperasi.