Penerangan
BAGI MEMASTIKAN LOJI RAWATAN AIR TIDAK TERCEMAR JAS NEGERI JOHOR TELAH MELANCARKAN OPERASI LEMBANGAN BIL1/2020
17 Disember 2020, JOHOR BAHRU : Ops Lembangan di negeri ini telah diadakan pada 15 & 16 Disember 2020 dengan penglibatan seramai 59 orang anggota penguatkuasa dan 2 pasukan pemantauan yang menyasarkan kilang-kilang perindustrian yang terletak di bahagian hulu takat pengambilan air bagi 6 lembangan sungai utama termasuk Sg Johor, Sg Skudai, Sg Pontian Besar, Sg Muar, Sg Benut dan Sg Batu Pahat yang bertujuan bagi memastikan pematuhan tahap maksimum terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Keseluruhan lembangan sungai ini adalah merangkumi daerah Kulai, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kluang dan Muar.
Tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang tidak mematuhi AKAS 1974.