Penerangan
24 DIS 2020, TG KUPANG - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor berjaya mematahkan cubaan sebuah lori perdagangan yang disyaki membawa buangan terjadual (Spent Catalyst) untuk dieksport ke Negara Singapura
tanpa kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekitar.
Kejayaan ini adalah hasil kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam pemeriksaan bersepadu yang diadakan di CIQ Tg Kupang, Johor baru-baru ini.
Lori beserta barang dagangan tersebut telah disita mengikut SOP penguatkuasaan JAS untuk tindakkan undang-undang selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.