Penerangan
13 Novembar 2020, JOHOR BAHRU: Pegawai-pegawai JAS Johor telah menjalankan siasatan ke lapangan susulan aduan kejadian algae bloom yang berlaku di Kampung Pendas dan Kampung Sungai Melayu, Nusajaya.
Fenomena algae bloom akibat kandungan nutrien (nitrat dan fosfat) yang tinggi boleh menyebabkan ikan mati akibat kekurangan oksigen terlarut di dalam air. Bagaimanapun setakat ini JAS Johor tidak menerima sebarang aduan kejadian ikan mati. Pihak media dan Pengarah Perikanan Johor turut hadir meninjau lokasi aduan. Walaupun cuti hujung minggu JAS Johor sentiasa bersedia untuk menyiasat aduan-aduan yang melibatkan masyarakat setempat.