PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI PEMANTAUAN PROJEK EIA, PENGUATKUASAAN ALERT SYSTEM EQMP DAN RONDAAN OMPT OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR CAWANGAN KLUANG PADA HARI PERAYAAN DEEPAVALI

DOE Johor 28/12/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI PEMANTAUAN PROJEK EIA, PENGUATKUASAAN ALERT SYSTEM EQMP DAN RONDAAN OMPT OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR CAWANGAN KLUANG PADA HARI PERAYAAN DEEPAVALI
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
28/12/2020
Organisasi
DOE Johor

Penerangan

KLUANG, 14 November 2020 : JAS Caw Kluang telah menjalankan pemantauan terhadap tapak projek EIA di Simpang Renggam. Penguatkuasaan pada Hari Perayaan Deepavali diteruskan berdasarkan dari notifikasi kecemasan sistem EQMP stesen pengawasan sungai automatik Sg Semanggar yang menunjukkan kenaikkan bacaan ammonia. Tindakan segera digerakkan ke lapangan terutama premis-premis di atas LRA Sg Semanggar serta semakan dengan SAJ juga dijalankan dan mendapati keadaan kualiti air pada paras normal yang boleh diproses. Penguatkuasaan pada premis-premis di atas Loji Rawatan Air mendapati tiada sebarang pencemaran dikesan dan bacaan ammonia pada anak-anak sungai bawah seliaan JAS Caw Kluang adalah normal. Selain itu, rondaan juga telah dilakukan di sekitar Daerah Kluang, kawasan Simpang Renggam serta Layang-Layang, JOHOR. Tindakan pemadaman dan mempagari kawasan-kawasan aduan pembakaran terbuka serta memanjangkan kepada SWCorp bagi Tapak Pelupusan Sampah Haram yang berpotensi berlaku PT juga dilaksanakan. Justeru itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka atau boleh dikenakan tindakan kompaun maksima RM2,000.00 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengikut SOP penguatkuasaan yang telah ditetapkan oleh JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan