Penerangan
3 November 2020, JOHOR BAHRU : Unit Penguatkuasaan EIA dengan dibantu pasukan Drone telah menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan terhadap pematuhan syarat-syarat kelulusan EIA melibatkan aktiviti kerja tanah di Daerah Johor Bahru bagi bulan Oktober.
10 tapak projek telah diperiksa sepanjang operasi ini dan 10 FC telah dikeluarkan dan 2 arahan henti kerja serta
4 notis arahan pembaikan segera dikeluarkan kepada penggerak projek.
Program penguatkuasaan keatas aktiviti kerja tanah ini akan terus dijalankan lagi bagi memastikan tiada pencemaran masuk ke sungai/alur air.