Penerangan
SESI MESYUARAT DAN LIBAT URUS JAS PAHANG BERSAMA PIHAK TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)
Kuantan, 21 DISEMBER 2020 - Pihak TNB telah memberikan taklimat khas kepada pihak JAS Negeri Pahang berkaitan ‘Embankment Stability Study’ bagi kawasan pelupusan sisa korek Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet. Taklimat menjurus kepada hasil kajian kestabilan dan pembaikan cerun-cerun di kawasan yang terlibat.
Di samping itu, isu-isu lain pengurusan alam sekitar turut dibincangkan bagi mematuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Pahang, Ybrs. Tn Hj Mohd Sani bin Mat Daud dan dihadiri juga oleh pegawai-pegawai kanan JAS Pahang. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Ketua JAS Cawangan Cameron Highlands, En. Mohd. Shahrin bin Mudzarap.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang