Penerangan
16 Disember 2020 (Rabu), berdasarkan kepada lawatan dan tinjauan di Sungai Kereh, Kampung Selamat, satu mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 6, Wisma Persekutuan, Kepala Batas. Mesyuarat dipengerusikan Dato’ Dr Nadzri bin Yahaya, Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling Malaysia. Mesyuarat ini menumpukan kepada tanggungjawab dan peranan agensi teknikal dan penguatkuasaan dalam menyelesaikan isu pencemaran Sungai Kereh di Kampung Selamat. Turut sama dalam mesyuarat ini adalah Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Putrajaya, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)