Penerangan
16 Disember 2020 (Rabu), Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling Malaysia Dato’ Dr Nadzri bin Yahaya bersama Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang mengadakan lawatan ke Sungai Kereh, Kampung Selamat yang didakwa dicemari sisa kumbahan ternakan yang menyebabkan kualiti air sungai tersebut menurun dan tercemar. Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Putrajaya, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM), Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Utara dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)