Penerangan
18 Disember 2020 (Jumaat), Delegasi Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang hari ini membuat kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow di KOMTAR. Delegasi ini diketuai oleh Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah JAS Pulau Pinang serta pegawai-pegawai kanan JAS Pulau Pinang. Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah YB Tuan Phee Boon Poh, EXCO Alam Sekitar dan Kebajikan. Pertemuan selama 30 minit ini turut membincangkan isu-isu alam sekitar serta penguatkuasaan yang dilihat mampu memainkan peranan dalam menangani jenayah alam sekitar secara bersepadu