Penerangan
Tarikh : 15 Disember 2020 @ Selasa
Lokasi : Lembangan Sungai Pontian Besar
Pasukan : PPK Abdul Hamid, PJ Mohd Nasir dan PPK Mohd Khairi
Bahagian Pembangunan 2 melalui Unit GIS/Drone telah membantu Bahagian Operasi menjalankan pengawasan pencemaran di lokasi yang dipilih.
Secara umumnya pasukan pengawasan mendapati keadaan air sungai secara fizikalnya adalah normal iaitu tiada warna air dan bau yang boleh disyakki berlakunya pencemaran yang ketara.
Pengawasan telah dijalankan sepanjang 8 km lembangan sungai Pontian Besar.