Penerangan
26 November 2020 (Khamis), Pengurusan tertinggi Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang melakukan kunjungan hormat ke pejabat YB Dato’ Abdul Razak bin Jaafar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di tingkat 25, KOMTAR. Tujuan pertemuan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang . Beberapa perkara telah dibincangkan berkenaan hala tuju dan hasrat bagi kedua-dua pihak dalam inisiatif mennjadikan Pulau Pinang Bersih, HIjau, Sihat dan Selamat