Penerangan
10 DISEMBER 2020, BATU PAHAT : Satu operasi siasatan aduan bau di Batu Pahat telah dilakukan oleh JAS Cawangan Batu Pahat.
Pengadu menyatakan bahawa terdapat pelepasan asap industri yang kuat pada waktu malam dan awal pagi dikawasan tersebut. Oleh itu satu pasukan JAS Cawangan Batu Pahat membuat siasatan pada waktu malam hingga ke awal pagi pada 9 Disember 2020 di kawasan yang dinyatakan.
Jabatan Alam Sekitar mengingatkan kepada pihak industri supaya mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, tindakan tegas akan diambil kepada industri yang tidak mematuhinya mengikut SOP penguatkuasaan JAS. JAS Cawangan Batu Pahat akan membuat siasatan susulan untuk mengenalpasti punca apabila bukti baru diperolehi.