Penerangan
Pada 16 Disember 2020, Unit Pengawasan dan Stor Teknikal Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah membuat audit bagi stesen pengawasan automatik udara bertempat di SMK Pasir Gudang 2 bersama pihak PSTW.
Audit ini dilakukan bagi memastikan keadaan sekeliling dan peralatan di stesen tersebut di dalam keadaan baik dan diselenggara mengikut jadual bagi memastikan data pengawasan kualiti udara di sekitar kawasan tersebut adalah tepat.