Penerangan
Pada 16 Disember 2020, Unit Pengawasan dan Stor Teknikal Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah membuat audit bagi stesen pengawasan manual udara di PUSPATRI Pasir Gudang yang dilakukan bersama pihak PSTW.
Stesen ini merupakan stesen manual dan boleh mengukur PM 2.5 dan PM 10. Audit ini dilakukan bagi memastikan program pengawasan berjalan mengikut jadual dan dilaksanakan dengan kaedah yang betul. Ini penting bagi memastikan data bagi pengawasan tepat dalam kualiti udara di sekitar kawasan tersebut.