PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Siasatan terhadap aduan buih putih

DOE Selangor 17/12/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Siasatan terhadap aduan buih putih
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
17/12/2020
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

Tajuk : Siasatan terhadap aduan buih putih di Taman Ubudiah, Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor Tarikh : 7 Disember 2020 Lokasi : Taman Ubudiah, Telok Gong. Bertindak ke atas aduan yang diterima Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan siasatan ke lokasi dan mendapati terdapat buih-buih putih dalam sebuah parit bersebelahan kawasan perumahan di Taman Ubudiah, Telok Gong. Pasukan penyiasat menjumpai sebuah premis (tiada papan tanda) yang menjalankan aktiviti pencucian dan kitar semula tong-tong drum besi dan drum plastik terpakai (SW 409) tanpa sebarang kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Air cucian tong-tong terpakai telah dilepaskan ke alur air di belakang premis tanpa sebarang proses rawatan telah menjadi punca air parit mengeluarkan buih-buih putih. Premis turut didapati beroperasi tanpa lesen daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK). Sebanyak dua (2) sampel bahan bukti yang disyaki sebagai sisa pelarut dan minyak mineral telah diambil di premis dan kawasan proses telah dikepung (cordone) dengan pita JAS bagi mengelakkan bahan bukti diceroboh. Operasi bersepadu pada 7 Disember 2020 dijalankan bersama anggota-anggota penguatkuasa MPK. Kes disiasat di bawah Seksyen 34B, Seksyen 34A, Seksyen 18(1) dan Seksyen 19, Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan