Penerangan
PROJEK R&D JAS PAHANG BERSAMA KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)
KUANTAN, 10 DISEMBER 2020 - Bekas simpanan sampel merupakan satu peralatan yang digunakan didalam program penguatkuasaan dan pengawasan oleh pegawai di Jabatan Alam Sekitar.
Bagi menambahbaik keperluan tersebut, JAS Pahang telah mengadakan kolaborasi dengan KKTM Kuantan dalam proses Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi penghasilan bekas simpanan sampel yang dilengkapi dengan peralatan yang lebih canggih dan mesra pengguna.
Projek yang dijangka akan siap awal tahun hadapan dan akan dibentangkan kepada pihak pengurusan JAS Pahang.
KKTM merupakan institusi pendidikan yang melahirkan graduan teknikal yang berkompetensi berasaskan industri.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang