PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

JAS PULAU PINANG DIJEMPUT MENGHADIRI PERBINCANGAN ISU PEMBANGUNAN KAWASAN INDUSTRI BERSAMA KETUA MENTERI PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 14/12/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PULAU PINANG DIJEMPUT MENGHADIRI PERBINCANGAN ISU PEMBANGUNAN KAWASAN INDUSTRI BERSAMA KETUA MENTERI PULAU PINANG
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
14/12/2020
Organisasi
DOE Pulau Pinang
Lokasi
Pulau Pinang

Penerangan

11 Disember 2020, Georgetown - Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang (JASPP) bersama Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) JASPP telah dijemput hadir ke suatu mesyuarat yg dipengerusikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow Ketua Menteri Pulau Pinang bagi membincangkan isu penempatan industri di Kawasan Perindustrian Batu Kawan. Antara perkara - perkara yang diberi perhatian oleh JASPP adalah berkaitan keperluan kajian EIA, keperluan zon penampan serta lain - lain keperluan teknikal dan pengurusan alam sekitar bagi memastikan industri-industri yang dibangunkan adalah lestari dan tidak mendatangkan masalah kepada alam sekitar serta orang awam. Turut dibangkitkan juga adalah keperluan konsultasi dengan masyarakat setempat terutamanya bagi industri yang mungkin berpotensi menimbulkan kacau ganggu ketika beroperasi. Sebelum itu JASPP telah mengadakan perjumpaan bersama EXCO Alam Sekitar dan Kebajikan Negeri Pulau Pinang YB Tuan Phee Boon Poh bagi membincangkan beberapa isu alam sekitar di Pulau Pinang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan