Penerangan
10 Disember 2020, Kepala Batas - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang hari ini menerima kunjungan hormat dari Ketua Pegawai Eksekutif Penang Development Corporation (PDC) YBbrs. Dato' Mohd Bazid Bin Abd Kahar.
Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat berhubung dengan hala tuju kelestarian dan green development terutama kawasan perindustrian di negeri Pulau Pinang sejajar dengan inisiatif Bersih, Hijau, Sihat & Selamat yang menjadi teras pembangunan negeri.