Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT MEMBINCANGKAN ISU KUARI DI MUKIM 20 SEBERANG PERAI TENGAH PULAU PINANG
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 14/12/2020
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
- Lokasi
- Pulau Pinang
Penerangan
9 Disember 2020, Kepala Batas -Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang menjemput empat pengusaha kuari yang berada di Mukim 20 Seberang Perai Tengah untuk satu perbincangan berhubung dengan isu aduan yang dibangkitkan oleh penduduk setempat dan susulan lawatan Unit Penguatkuasaan EIA bersama Pengarah JAS Pulau Pinang ke kuari mereka semalam.
Beberapa isu telah dibincangkan dan kuari diarah untuk menjalankan kajian terhadap kestabilan struktur dan cerun kuari mereka bagi menjamin keselamatan dan integriti kuari yang beroperasi berhampiran dengan kawasan penduduk.
Pemeriksaan bagi kestabilan struktur dan cerun adalah menjadi keperluan untuk dimasukkan ke dalam Laporan Audit Alam Sekitar yang perlu dijalankan oleh pengusaha kuari berdasarkan keperluan syarat EIA yang telah dikeluarkan kepada mereka.