PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN KILANG OLEH JAS PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 14/12/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN KILANG OLEH JAS PULAU PINANG
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
14/12/2020
Organisasi
DOE Pulau Pinang
Lokasi
Pulau Pinang

Penerangan

28 November 2020, Seberang Perai - Pasukan Penguatkuasaan dari Unit Aduan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang menjalankan rondaan pembakaran terbuka di tapak binaan dan pemantauan kilang di kawasan industri sekitar Seberang Perai. Beberapa premis tapak binaan telah diperiksa atas kesalahan melakukan pembakaran terbuka. JAS Pulau Pinang juga menjalankan pemeriksaan alat kawalan pencemaran udara yang dipasang pada premis yang didakwa menyebabkan pencemaran udara. Jabatan Alam Sekitar akan menjalankan pemantauan dan rondaan berterusan agar premis industri menyedari kehadiran JAS pada hari cuti dan tidak mengambil kesempatan melakukan pencemaran alam sekitar pada hujung minggu. Pemeriksaan ini mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan MKN.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan