Penerangan
2 Disember 2020, Kepala Batas - Program bersama JAS Pulau Pinang dan Bahagian Komunikasi Strategik JAS Ibupejabat tarik seramai 96 peserta yang terdiri daripada pegawai dari JPN Pulau Pinang, pegawai-pegawai PPD, pentadbir sekolah dan guru-guru penyelia dalam Program Bengkel Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar bagi sekolah-sekolah di Pulau Pinang secara maya.
Sesi 2020/2021 merupakan pusingan ke-8 bagi Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran JAS bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Program ini merupakan satu usaha bagi melaksanakan salah satu prinsip Dasar Alam Sekitar Negara yang memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.