Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- JAS PANTAU KUALITI AIR LAUT DI PERAIRAN PULAU PINANG
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 14/12/2020
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
- Lokasi
- Pulau Pinang
Penerangan
11 Disember 2020, Batu Uban - Unit Pengawasan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang hari ini menjalankan rutin pemantauan kualiti air laut bersama Pakar Scieno TW Sdn Bhd syarikat konsesi bagi National Environmental Quality Monitoring Program (NEQMP) dibeberapa stesen pengawasan marin di perairan Pulau Pinang bagi mengetahui status Indeks Kualiti Air Marin di stesen pengawasan air marin di Pulau Pinang.
Air laut di stesen-stesen tersebut disampel untuk dianalisa di Jabatan Kimia Malaysia bagi mengetahui indeks kualiti air marin di stesen tersebut. Data - data kualiti air marin yang diperolehi dari program pengawasan ini akan dibentang setiap suku tahunan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk makluman dan tindakan bersama yang lebih komprehensif sekiranya perlu.