Penerangan
2 Disember 2020, Seberang Perai - Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang menjalankan operasi bersepadu bersama JPJ, PDRM dan MBSP. Pemeriksaan memberi tumpuan kepada kenderaan berat dan lori membawa sampah secara haram tanpa kelulusan MBSP.
Pemilik kenderaan berenjin diesel perlu memastikan kenderaan yang digunakan di atas jalanraya bebas dari asap hitam dan sentiasa melakukan servis secara berkala.
Sekiranya ditahan semasa pengujian asap hitam, kegagalan mematuhi standard pelepasan asap hitam kenderaan berenjin diesel boleh di kompaun sebanyak RM 2000.00 dan Perintah Larangan dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996