Penerangan
OPS GERAK JAS NEGERI SEMBILAN
9 Disembar 2020 - Tampin, Negeri Sembilan
Pasukan Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan bersama-sama pasukan PDRM Tampin, JPJ dan Imigresen telah menjalankan Operasi Gerak di KM 1 Jalan Seremban Tampin, Negeri Sembilan.
Operasi telah dijalankan ke atas kenderaan berenjin diesel. Maklumat operasi adalah seperti berikut :
Visual - 35 buah
Ujian meter - 15 buah
Notis Arahan - 2 notis arah uji semula
Kompaun - 2 tawaran kompaun
Seramai 5 orang anggota JAS, 16 orang anggota PDRM, 6 orang anggota JPJ dan 14 orang anggota Imigresen terlibat dalam operasi ini.
#KementerianAlamSekitardanAir
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jasn9