Pegawai penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Sabah menjalankan rondaan malam ditumpukan di kawasan- kawasan perindustrian iaitu Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Kota Kinabalu. Pemantauan pada waktu malam memberi perhatian dan pemeriksaan kepada kes pembakaran terbuka oleh orang awam, longkang diluar premis kilang yang berkemungkinan berlakunya pelepasan haram dan juga pemantauan pencemaran udara dari cerobong-cerobong kilang.
- Tarikh: 6 Disember 2020
- Tempat: KKIP, Kota Kinabalu
- Masa: 6.00 petang hingga 9.30 malam